KeNaLi KaMi

KeNaLi KaMi

Thursday, March 14, 2013

The Ron Clark Story


'The Ron Clark Story' merupakan satu adaptasi dari satu kisah benar yang menceritakan tentang seorang guru yang sangat inovatif, kreatif dan bersemangat dalam kerjayanya sebagai seorang pendidik. Beliau merupakan seorang guru cemerlang yang bertugas di Snowden Elementary School di Aurora, North California. Setelah 4 tahun bertugas di sana, beliau membuat keputusan untuk berpindah sekolah. Akhirnya, beliau bertugas di Inner Harlem Elementary School.


Di sinilah bermulalah cabarannya sebagai seorang guru cemerlang. Karenah muridnya yang berbagai ragam dan daripada berbeza latar belakang membuatkan Mr Clark berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Tidak pernah terlintas di fikirannya sekolah ini akan memberinya satu cabaran yang sangat besar. Sehinggakan pada satu masa dia berasa putus asa. Namun, berkat sokongan dan dorongan sahabatnya 'Maurice' dia mengambil keputusan untuk terus berjuang. Mr Clark adalah seorang guru yang sanggup untuk membanting tulang agar dia dapat melihat kejayaan murid-muridnya. 


Kisah ini sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan teladan untuk guru-guru mahupun bakal guru di luar sana. Sesungguhnya, semua penat lelah dan pengorbanan yang pernah kita lakukan untuk anak murid kita merupakan sesuatu yang mulia. Insya-Allah, berkat usaha kita, semua penat lelah itu akan terbalas jua akhirnya.

Aktiviti 3



                       




Menurut (Robinson, 1977) bermain mempunyai peranan yang penting dalam menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak.

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Oleh itu, bermain telah menjadi antara satu aspek yang penting dalam membantu dalam proses pembelajaran.

Dalam aktiviti bermain sambil belajar,guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu aktiviti.

 Ini sesuai dengan pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur. 

Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti aktiviti belajar sambil  menyanyi =)
Subjek: pendidikan islam  (rukun iman kedua ,mengenal malaikat)

click link:


Langkah-langkah:
1) guru menyediakan klip video yang sesuai
2) menggunakan LCD, tayangkan video di hadapan kelas.
3) murid-murid melihat video secara beramai-ramai.
4) guru bernasyid bersama murid-murid
5) guru membuat penerangan selepas video ditayangkan
6) sesi soal jawab
7) aktiviti latih tubi.


melalui aktiviti ini murid-murid akan lebih  tertarik dan mudah untuk mengenal dan menghafal nama malaikat. Selain itu, di dalam lirik ini juga terdapat tugas-tugas malaikat yang boleh dihafal oleh murid dengan mudah. Guru boleh menambah kreativiti dengan mengadakan gerakan -gerakan yang boleh merangsang psikomotor murid..Selamat mencuba…=)

Aktiviti 2


Carta Juara Bintang


 1. Guru membahagikan murid dalam berkumpulan yang terdiri dari 2 orang. Setiap ahli itu akan mewakili satu kumpulan. Guru memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih pasangan mereka masing-masing dan menamakan kumpulan mereka mengikut panduan guru.

2. Setelah itu, guru akan menyediakan satu jadual untuk mewakili setiap kumpulan dan menyediakan bintang-bintang untuk ditampal di jadual tersebut.




3. Guru akan menerangkan kepada murid pelaksanaan aktiviti ini dan habuan yang akan mereka perolehi. Satu bintang mewakili satu kebaikan. Sekiranya kumpulan tersebut berkelakuan elok, mereka akan memperolehi bintang untuk ditampal di jadual tersebut.

                                      




4. Manakala, sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapkan, bintang itu akan ditanggalkan.



5. Setiap akhir bulan, kumpulan yang mendapat paling banyak bintang akan mendapat habuan sewajar dengan jumlah bintang yang mereka perolehi.

                                                        

Aktiviti 1






Berdasarkan kepada senario yang berlaku pada kelas 3 Mesra, ternyata terdapat beberapa permasalahan dalam pengawalan dan pengurusan kelas. Oleh sebab itu, di sini terdapat cadangan aktiviti bagi mengawal pergerakan murid di kelas tersebut. Memandangkan murid-murid kelas 3 Mesra sangat aktif, berikut merupakan cadangan permainan yang ringkas:

Aktiviti 1:

“Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa…….”
Permainan ini dimulakan dengan semua murid berada dalam bulatan ataupun pada tempat duduk masing-masing. Permainan ini berbentuk arahan.


Objektif: Selain untuk menarik perhatian murid, permainan ini juga memberi peluang murid untuk menjana idea dan membina ayat mudah.

Langkah-langkah Permainan:
   1.    Bermula daripada guru, guru akan berkata “Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa…….”.Kemudiannya guru akan menjawab pada tempat kosong tersebut dengan satu perkataan sahaja. 
      
      Contoh:
“ Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa makanan”.
   2.    
      Seterusnya, guru akan mengulang ayat tersebut dan murid (Murid A) yang di sebelah kanan akan menjawab dan menyambung jawapan guru dengan 2 patah perkataan. Contoh:
Guru               : “ Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa….”
Murid A          : “..makanan ringan.”
   3.    
      Setelah itu, murid A akan mengulang ayat tersebut dan murid di sebelah kananya (Murid B) akan menjawab dan menyambung jawapannya dengan lebih 2 patah perkataan. Contoh: 
      Murid A          :“ Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa makanan ringan…”
Murid B          : “…dan jus.”
   4.    

     Permainan akan diulang dengan menukar tempat/arah tuju oleh Murid B dan dijawab oleh murid di sebelah kanannya, (Murid C).Contoh:
Murid B          :“ Apabila saya pergi ke Kuala Lumpur, saya akan bawa…”
Murid C          : “…kamera.”

Bagi menyelesaikan situasi yang berlaku dalam Kelas 3 Mesra, Cikgu Daniel perlu melaksanakan beberapa aktiviti untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Cikgu Daniel perlulah optimis dan bersangka baik dalam semua hal. Pendidik cemerlang ialah individu yang sentiasa berfikiran positif dan banyak memberikan alternatif kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Guru juga merupakan 'role model' untuk murid-murid. Oleh itu, apabila berlaku masalah dalam bilik darjah, guru perlu memikirkan beberapa aktiviti yang boleh membantu guru dalam mengawal kelas tersebut.

Berpandukan situasi di atas, hubungan antara guru dan murid sangat lemah. Kawalan guru di dalam kelas juga lemah dan bermasalah. Melalui situasi tersebut, Cikgu Daniel telah gagal dalam mewujudkan satu persekitaran yang kondusif. Dalam situasi seperti ini, peranan seorang guru yang efektif sangat penting bagi memastikan hubungan guru dan murid dapat diwujudkan agar pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Abd. Ghafar Mahmud menekankan bahawa guru merupakan pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. [ Utusan ]

Menurut B.L Sinha dalam bukunya yang bertajuk 'Teaching, Learning and Human Behaviour' (2001), penilaian keberkesanan seorang guru tidak terletak pada bakat mengajar, namun ianya bergantung kepada personaliti, pelan tindakan, dan juga 'output' kepada pengajaran di dalam bilik darjah. Masalah ini juga mungkin disebabkan oleh pengaruh persekitaran yang membawa kesan kepada tingkah laku murid.



Oleh itu, guru mempunyai peranan yang besar dalam menguruskan bilik darjah. Guru juga merupakan penggerak untuk menjalin hubungan antara guru dan murid.

Kelas 3 Mesra




" Ish ish...apa nak jadi dengan kelas ni " , keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra." Murid-murid, sila duduk di tempat duduk masing-masing" , arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.
Pengurusan bilik darjah menurut Richard(1990) merupakan satu organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi. Menurut Alberto & Troutman(1986), mereka berpendapat bahawa konsep pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran guru mengurus masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid.

Secara umumnya pengurusan bilik darjah ialah satu proses untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan. Proses ini penting dan setiap guru haruslah mengambil kira mengenai perkara ini. sebelum memulakan pengajaran. Sekiranya guru dapat menjayakan perkara tersebut, maka guru akan dapat :

  • Mengurangkan masalah disiplin murid
  • Meningkatkan penglibatan murid
  • Menjalinkan hubungan interpersonal
  • Membentuk suasana pembelajara positif
  • Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
Bagi memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai, guru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan murid. Guru harus memulakan langkah pertama dalam membina hubungan. Ketepikan ego atau rasa cuak kerana murid-murid sedang memerhati sama ada guru tersebut boleh dipercayai dan dihormati. Hal ini adalah kerana hubungan guru dan murid dibina atas dasar saling mempercayai dan saling menghormati.

Oleh itu, guru perlu menyelami dunia murid-muridnya, fikirkan apa yang mereka fikirkan, tanya pandangan mereka dan sentiasa mengambil berat dengan mereka. Melalui ini, murid-murid akan lebih selesa untuk melibatkan diri secara aktif semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.