KeNaLi KaMi

KeNaLi KaMi

Thursday, March 14, 2013

Aktiviti 2


Carta Juara Bintang


 1. Guru membahagikan murid dalam berkumpulan yang terdiri dari 2 orang. Setiap ahli itu akan mewakili satu kumpulan. Guru memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih pasangan mereka masing-masing dan menamakan kumpulan mereka mengikut panduan guru.

2. Setelah itu, guru akan menyediakan satu jadual untuk mewakili setiap kumpulan dan menyediakan bintang-bintang untuk ditampal di jadual tersebut.




3. Guru akan menerangkan kepada murid pelaksanaan aktiviti ini dan habuan yang akan mereka perolehi. Satu bintang mewakili satu kebaikan. Sekiranya kumpulan tersebut berkelakuan elok, mereka akan memperolehi bintang untuk ditampal di jadual tersebut.

                                      




4. Manakala, sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapkan, bintang itu akan ditanggalkan.



5. Setiap akhir bulan, kumpulan yang mendapat paling banyak bintang akan mendapat habuan sewajar dengan jumlah bintang yang mereka perolehi.

                                                        

3 comments:

  1. salam..adakah aktiviti ini bersesuaian dengan semua murid atau hanya untuk murid yang mempunyai masalah disiplin yang tinggi?

    ReplyDelete
  2. Aktiviti ini dapat memberi kesan kepada murid...

    ReplyDelete
  3. wassalam..tidak semestinya. Semua murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti ini. Secara tidak langsung, apabila mereka melihat rakan-rakan mereka mendapat habuan atas kebaikan yang mereka lakukan. Semestinya mereka juga akan berusaha untuk melakukan perkara yang sama.

    se7en : terima kasih..=) semoga aktiviti ini dapat dipraktikkan dengan jayanya...insya-Allah

    ReplyDelete

Sebarang penambahbaikan amatlah dihargai..=)