KeNaLi KaMi

KeNaLi KaMi

Thursday, March 14, 2013

Pengurusan bilik darjah menurut Richard(1990) merupakan satu organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi. Menurut Alberto & Troutman(1986), mereka berpendapat bahawa konsep pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran guru mengurus masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid.

Secara umumnya pengurusan bilik darjah ialah satu proses untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan. Proses ini penting dan setiap guru haruslah mengambil kira mengenai perkara ini. sebelum memulakan pengajaran. Sekiranya guru dapat menjayakan perkara tersebut, maka guru akan dapat :

  • Mengurangkan masalah disiplin murid
  • Meningkatkan penglibatan murid
  • Menjalinkan hubungan interpersonal
  • Membentuk suasana pembelajara positif
  • Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
Bagi memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai, guru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan murid. Guru harus memulakan langkah pertama dalam membina hubungan. Ketepikan ego atau rasa cuak kerana murid-murid sedang memerhati sama ada guru tersebut boleh dipercayai dan dihormati. Hal ini adalah kerana hubungan guru dan murid dibina atas dasar saling mempercayai dan saling menghormati.

Oleh itu, guru perlu menyelami dunia murid-muridnya, fikirkan apa yang mereka fikirkan, tanya pandangan mereka dan sentiasa mengambil berat dengan mereka. Melalui ini, murid-murid akan lebih selesa untuk melibatkan diri secara aktif semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

4 comments:

Sebarang penambahbaikan amatlah dihargai..=)