KeNaLi KaMi

KeNaLi KaMi

Thursday, March 14, 2013

Aktiviti 1






Berdasarkan kepada senario yang berlaku pada kelas 3 Mesra, ternyata terdapat beberapa permasalahan dalam pengawalan dan pengurusan kelas. Oleh sebab itu, di sini terdapat cadangan aktiviti bagi mengawal pergerakan murid di kelas tersebut. Memandangkan murid-murid kelas 3 Mesra sangat aktif, berikut merupakan cadangan permainan yang ringkas:

Aktiviti 1:

“Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa…….”
Permainan ini dimulakan dengan semua murid berada dalam bulatan ataupun pada tempat duduk masing-masing. Permainan ini berbentuk arahan.


Objektif: Selain untuk menarik perhatian murid, permainan ini juga memberi peluang murid untuk menjana idea dan membina ayat mudah.

Langkah-langkah Permainan:
   1.    Bermula daripada guru, guru akan berkata “Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa…….”.Kemudiannya guru akan menjawab pada tempat kosong tersebut dengan satu perkataan sahaja. 
      
      Contoh:
“ Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa makanan”.
   2.    
      Seterusnya, guru akan mengulang ayat tersebut dan murid (Murid A) yang di sebelah kanan akan menjawab dan menyambung jawapan guru dengan 2 patah perkataan. Contoh:
Guru               : “ Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa….”
Murid A          : “..makanan ringan.”
   3.    
      Setelah itu, murid A akan mengulang ayat tersebut dan murid di sebelah kananya (Murid B) akan menjawab dan menyambung jawapannya dengan lebih 2 patah perkataan. Contoh: 
      Murid A          :“ Apabila saya pergi ke pantai, saya akan bawa makanan ringan…”
Murid B          : “…dan jus.”
   4.    

     Permainan akan diulang dengan menukar tempat/arah tuju oleh Murid B dan dijawab oleh murid di sebelah kanannya, (Murid C).Contoh:
Murid B          :“ Apabila saya pergi ke Kuala Lumpur, saya akan bawa…”
Murid C          : “…kamera.”

10 comments:

  1. salam,aktiviti yang sangat ringkas=) tapi saya dapati hanya tertumpu kepada beberapa orang murid sahaja. adakah murid lain juga akan dapat dikawal melalui aktiviti tersebut? TQ=)

    ReplyDelete
  2. Salam...bagi pendapat sya saudari perlu menjalankan cara menjawap dgn lbh menghiburkan bg murid2 aktif.

    ReplyDelete
  3. salam..adakah aktiviti ini bersesuaian dengan murid berkeperluan khas?jika ya sila jelaskan lebih lanjut dan sekiranya tidak boleh cadangkan aktivti yang bersesuaian dengan murid berkepeluan khas...

    ReplyDelete
  4. Pengawalan kelas agak terhad.
    Murid yang aktif: Lakukan dengan pergerakan dan nyanyian secara beramai-ramai
    Bekeperluan khas: Bergantung pada jenis perwatakan. Sekiranya tidak sesuai jalankan aktivti yang lebih dekat pada murid kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih.

    ReplyDelete
  5. ow..kiranya murid berkeperluan khas memerlukan perhatian dari cikgu...sekiranya cikgu tak berlaku adil macamana..cikgu asyik panggil nama seoarang murid je?

    ReplyDelete
  6. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus sentiasa muhasabah dan cuba untuk mengikhlaskan diri.

    ReplyDelete
  7. blog yang menarik.... tambah lgi isi weiii :)

    ReplyDelete
  8. @anonymous...insya-Allah..terima kasih atas cadangan anda

    ReplyDelete
  9. adakah peranan guru dalam aktiviti ini hanya sekadar mendengar jawapan murid sahaja..?

    ReplyDelete
  10. @kembara murabbi....tidak semestinya...terpulang pada guru itu sendiri..namun, adalah lebih elok sekiranya guru pun turut serta dalam aktiviti ini dari mula hingga akhir..=)

    ReplyDelete

Sebarang penambahbaikan amatlah dihargai..=)